13 January 2015

DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN AHLI SECARA MANUAL


Kepada semua yang berminat mendaftar untuk menjadi Ahli Waja Northern Club Malaysia, Kini Anda boleh mendaftar secara ONLINE atau DOWNLOAD borang secara manual di website kami 
www.wajanorthernclubmalaysia.blogspot.com
atau anda boleh hubungi terus wakil kali di setiap jajahan yang telah ditetapkan iaitu :

En. Mohd Fakrorazi : 016 5144277 ( Alor Star )
En. Abdul Razak : 019 4061698 ( Pendang )
En. Alias : 019 4122342 ( Sungai Petani )
En. Zaidi : 019 5443828 ( Padang Serai )
En. Rais : 017 4078314 ( Pulau Pinang, Pulau )
En. Yuszairi : 017 4389041 ( Pulau Pinang, Seberang )
En. Zulhazmi : 019 4092625 ( Kulim )
En. Najmuddin : 017 6210126 ( Parit Buntar )

waja northern club malaysia penggerak sukan permotoran utara semenanjung

MEGA TT WAJA NORTHERN CLUB MALAYSIA 2015

Mega TT Register dan sesi menampal sticker akan diadakan pada :

tarikh : 17/1/2014
Masa : 8.30 malam
Tempat : Lot parking caltex alor mengkudu dan lokasi makan kedai di hadapan caltex...

agenda : menampal sticker, dan pendaftaran ahli..
kehadiran : diwajibkan kepada semua ahli wncm yang sah baru, lama, dan baru nak daftar.

mohon kerjasama untuk hadirkan diri seperti yang ditetapkan.

jalan ke lokasi adalah :

naik highway plus exit alor star selatan, dan terus je sehingga jumpa trafic light simpang 4..then ambik kanan then trus je smpai jumpa trafic light simpng 4 smpng kuala..then ambik kanan...then ttus je smpai jmpa caltex...

4 August 2014

UCAPAN TAKZIAH

KAMI WARGA CREW WAJA NORTHERN CLUB MALAYSIA MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA MANGSA KAPAL TERBANG YANG TERHEMPAS MH17 DAN MH370 DAN BERHARAP AHLI KELUARGA MANGSA TABAH MELALUINYA DAN KAMI MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA MANGSA REJIM ZIONIS LAKNATULLAH DI BUMI PALESTIN, GAZA.  KAMI MENDOAKAN AGAR UMAT ISLAM DI SANA MEMPEROLEH KEMENANGAN KEATAS ISRAEL ZIONIS LAKNATULLAH.

ALFATIHAH.

#PRAY FOR GAZA
#PRAY FOR MH370
#PRAY FOR MH17

PROGRAM BERSAMA RTM KEDAH SEMPENA HARI KEMERDEKAAN NEGARA

Program bersama RTM Kedah sempena Hari Kemerdekaan akan diadakan pada :

Tarikh : 25/8/2014
Masa : 9.00 a.m sehingga 2.00 p.m
Tempat : RTM Kedah dan sekitar Alor Star


Sehubungan dengan itu, mohon semua ahli untuk membuat pengesahan kehadiran...pelbagai acara akan diadakan antaranya pertandingan menghias kereta menggunakan bendera malaysia, konvoi, dan sebagainya...peserta juga akan diberikan sijil, cenderamata untuk program ini...selain itu, pihak RTM Kedah akan membuat rakaman untuk siaran TV dan Radio sepanjang program dijalankan. Walaubagaimanapun, tarikh yang diberikan adalah belum ditetapkan lagi kerana pihak wncm perlu menghadiri satu mesyuarat bersama RTM Kedah pada 17/8/2014 nanti bagi menetapkan tarikh sebenar program dan agenda program. Saya berharap semua ahli dapat memberi komitmen kehadiran untuk program ini.

Insyaallah pada 17/8/2014 selepas mesyuarat bersama RTM Kedah, pihak wncm akan membuat rakaman promosi bagi program ini di Radio Kedah FM.
Untuk kehadiran mesyuarat beberapa ahli akan terlibat bersama saya untuk menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut.

plz support your club this event...tq...

ayuh bangkit wncm
ayuh gerakkan wncm
ayuh teruskan perjuangan wncm
ayuh semua crew wncm..

wncm penggerak sukan permotoran utara la semenanjung malaysia.

#PRAY FOR GAZA
#PRAY FOR MH370
#PRAY FOR MH17
 

9 June 2014

WAKAF SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM SEMPENA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum
Disini Waja Northern Club Malaysia Mempelawa kepada semua Badan-badan NGO, Usahawan-usahawan, orang perseorangan, syarikat-syarikat ternama, pemborong, peruncit dan sebagainya untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim bagi menyambut Ramadhan yang bakal tiba.  Pihak WNCM juga mengalukan untuk bekerjasama dengan wncm di dalam menganjurkan program-program amal di dalam bulan ramadhan yang akan tiba pada hujung bulan ini.

Untuk sebarang urusan pertanyaan boleh hubungi terus Saudara Badrul di talian 0124036530.

Untuk Program yang telah dirancang adalah program berbuka puasa, gotong royong perdana dan sebagainya yang akan diadakan pada 12/7/2014.

8 May 2014

Majlis Makan Tengah Hari serta Penyampaian sumbangan bersama anak-anak yatim dan fakir miskin Jawi


Nama Program :
Majlis Makan Tengah Hari serta Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim serta Fakir Miskin.

Tarikh : 01 Mei 2014
Tempat : Pertubuhan Al Mahabbah Jawi
Masa : 08.00 a.m - 4.00 p.m

Penaja : Alikhsan dan Catering Haji Said.

Terima kasih diucapkan kepada smua yang terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung.  Ucapan penghargaan kepada anda semua.  Semoga jasa anda dirahmati oleh Allah S.W.T.

Sekian.












8 April 2014

Program Fundrive ke Parit Buntar, Selama, Taiping dan sekitarnya bersama anak-anak Yatim Parit Buntar

Assalamualaikum.
Ingin dimaklumkan  satu program akan diadakan pada :

Tarikh : 01/05/2014
Masa : 09.00 a.m - 6.00p.m
Hari : Khamis
Tempat : Rumah Anak Yatim Parit Buntar

Kepada semua ahli yang berkelapangan, mohon untuk menghadirkan diri seperti yang telah ditetapkan.  disamping itu, semua ahli wncm, anak-anak yatim, Yang Berhormat akan bersama kita bagi menjayakan program tersebut.

Agenda :
* Makan Tengah Hari bersama
* Perasmian akan dilancarkan oleh Yang Berhormat
* Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak Yatim
* Ramah Mesra bersama anak-anak yatim
* Sesi Fotografi

Sekian.

WNCM penggerak sukan permotoran utara semenanjung malaysia.

3 April 2014

Fundrive to the Aman Island

Kepada semua ahli wncm dan semua pengguna kereta waja yang ingin menyertai ini dialukan untuk hadir pada :

Tarikh : 5/4/2014
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 a.m
Tempat Berkumpul : RNR Juru arah selatan

sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi En. Badrul ditalian 0124036530.

Wncm penggerak sukan permotoran utara semenanjung malaysia.

19 February 2014

RALAT: Pemakluman kejohanan futsal zon utara.

Assalamualaikum..
Ingin dimaklumkan bahawa Kejohanan Futsal Zon Utara Piala MB Kedah terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan selepas mesyuarat bersama pihak pejabat MB diatas sebab-sebab kesulitan yang tidak dapat dielakkan.  sebarang pemakluman tarikh baru akan di updated di website ini selepas mesyuarat bersama pihak mb.
segala kesulitan amat dikesali..tq

15 January 2014

1.0 HADIAH PERTANDINGAN



1.1         Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH KEJOHANAN FUTSAL ZON UTARA 2014
KEDUDUKAN
NILAI HADIAH (RM)
JOHAN
RM2,500.00 + Piala + Medal + Sijil
NAIB JOHAN
RM1,500.00 + Piala + Medal + Sijil
KETIGA
RM 500.00 + Medal + Sijil
KEEMPAT
RM300.00+Medal+Sijil
KELIMA - KELAPAN
SAGUHATI




HADIAH KEJOHANAN FUTSAL ZON UTARA 2014 ( WANITA )
KEDUDUKAN
NILAI HADIAH (RM)
JOHAN
RM 1,000.00 + Piala + Medal + Sijil
NAIB JOHAN
RM 500.00 + Piala + Medal + Sijil
KETIGA
RM 300.00 + Medal + Sijil
KEEMPAT
SAGUHATI

Borang Pendaftaran Kejohanan Futsal Zon Utara 2014

Kepada Semua Pasukan yang ingin menyertai Kejohanan Ini.  Anda Boleh lah ( DOWNLOAD FORM )  disini dan daftar secara Manual atau pun anda boleh mendaftar secara online di Website ini..Tq.


Manual :
Klik Button Download > Pilih dan Klik Muat Turun > Klik Muat turun Percuma > Pilih menggunakan account ( cth : FB, Instagram dan sebagainya ) > Save File.

12 January 2014

Borang penyertaan manual.

Salam..
kepada semua pasukan yang ingin menyertai kejohanan futsal piala Y.A.B Menteri Besar Kedah sempena hari keputeraan Sultan Kedah.  anda boleh dapatkan BORANG PENYERTAAN di semua gelanggang futsal bagi KAWASAN SUNGAI PETANI DAN ALOR STAR, PENDANG atau pun anda boleh DOWNLOAD BORANG tersebut di website ini atau pun di PAGES FB kelab pemilik waja utara ( wncm ) mulai 14 januari 2014..sila lengkapkan borang tersebut dan hantar kepada urusetia sebelum atau pada 21hb februari 2014.  Deposit 50% diperlukan sebagai pengesahan menyertai kejohanan.  Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri di saat akhir. Deposit haruslah di bank in ke akaun bank urusetia.  

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
URUSETIA
KEJOHANAN FUTSAL ZON UTARA 2014
Unit Sukan dan Rekreasi
Waja Northern Club Malaysia

Tel : 0124036530 ( Badrul ) / 0195777069 (Razif ) / 0195443828 ( Zaidi ) / 0124065037 ( Hanizam ) / 0165110215 ( Ridzuan )

Untuk Pembayaran:
Selepas Pendaftaran, anda haruslah membuat pembayaran 50% deposit sebagai pengesahan pendaftaran dan kehadiran. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pasukan anda menarik diri disaat akhir.  Simpan salinan resit atau Emelkan salinan resit tersebut di alamat emel setelah membuat pembayaran.  Baki pembayaran perlu dibuat sebelum atau semasa hari undian dijalankan.

Semasa hari Undian:

*  Perlu membawa Resit Pembayaran deposit, serta baki bayaran   pendaftaran.

Atau

Hantarkan salinan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran di alamat Emel :

wncm12@gmail.com

Didalam butir-butir haruslah mengandungi NAMA PASUKAN, NAMA PENGURUS, NO. TELEFON PENGURUS.

Anda boleh bank In Terus ke akaun :

Bank Islam Malaysia Berhad
atas nama : Badrul Naim Bin Abidin
No Akaun : 02075020173320

FORMAT PERLAWANAN

PERLAWANAN AKAN DIJALANKAN SECARA LIGA BY GROUPING UNTUK PUSINGAN PERTAMA DAN PUSINGAN KEDUA ADALAH KALAH MATI.  

10 January 2014

PEMAKLUMAN :

BORANG PENYERTAAN FUTSAL ZON UTARA TELAH DIBUKA MULAI SEKARANG DAN AKAN DITUTUP PADA 21/02/2014.

KEPADA YANG BERMINAT BOLEH MENGISI BORANG TERSEBUT MULAI SEKARANG DENGAN KLIK BUTTON DIATAS.

SEKIAN,
TERIMA KASIH.

8 January 2014

Kejohanan Futsal Bagi Merebut Piala Y.A.B. Menteri Besar Kedah sempena hari Keputeraan K.D.Y.M.M Sultan Kedah




UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN FUTSAL ZON UTARA 2014



1.0         UNDANG-UNDANG  

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0         PERATURAN KEJOHANAN

2.1         PENGENALAN

2.1.1     Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA ZON UTARA dianjurkan oleh Waja Northern Club Malaysia

2.1.2   Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.

2.2         TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1     Kejohanan ini akan diadakan pada 01 Mac 2014 bertempat di Smc Centre Futsal, Sungai Petani.

2.2.2     Pertandingan akan dijalankan di gelanggang terbuka (Hard Court)

2.2.3     Taklimat dan undian akan dijalankan pada 22 Februari 2014 (Sabtu) di Smc Centre Futsal, Sungai Petani pada pukul 3.30 petang.

2.2.4     Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

2.3         FORMAT KEJOHANAN

2.3.1     Kejohanan akan dijalankan secara LIGA BAGI PERINGKAT KUMPULAN DAN KALAH MATI BAGI PUSINGAN KEDUA DAN SETERUSNYA.

2.4         KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1     Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI / WANITA sahaja dan TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia.


2.5         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1     Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 3 pemain simpanan.

2.5.2     Hanya DUA sahaja pemain yang pernah mewakili Negara dan negeri bagi pertandingann peringkat KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA tahun 2012 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam pasukan.

2.5.3     Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

2.5.4     Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM100.00  

2.4.7     Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.

2.4.8     Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara adalah muktamad.

2.4.9 Setiap pembayaran deposit 50% tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri setelah membuat pembayaran.

2.4.10  Hantarkan salinan resit pembayaran semasa hari cabutan undian ataupun emelkan salinan resit pembayaran ke alamat emel wncm12@gmail.com

3.0         SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1         Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2         Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3         Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.4         Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di dalam dewan atau kawasan pertandingan.

3.5         Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.

3.6         Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.7         Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.8         Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.9         Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.10      Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.11      Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.12      Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah  muktamad.




Mesyuarat Kali Pertama bagi Kejohanan Futsal Zon Utara

salam...Kepada semua ahli dan juga kepada semua Jawatankuasa Wncm..Mesyuarat kali Pertama akan diadakan pada :

Hari : Sabtu
Tarikh : 11 januari 2014
Tempat : Kedai Pak long
Masa : 8.00 malam.
Agenda : Mesyuarat mengenai kejohanan futsal zon utara serta perlantikan jawatankuasa kejohanan.

Semua Jawatankuasa WNCM diwajibkan Hadir dan semua ahli Wncm Diharuskan hadir. Kerjasama daripada anda semua amatlah ditagih dan diperlukan..tq..

wncm penggerak sukan permotoran utara semenanjung malaysia.