8 January 2014

Kejohanan Futsal Bagi Merebut Piala Y.A.B. Menteri Besar Kedah sempena hari Keputeraan K.D.Y.M.M Sultan Kedah




UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN FUTSAL ZON UTARA 2014



1.0         UNDANG-UNDANG  

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0         PERATURAN KEJOHANAN

2.1         PENGENALAN

2.1.1     Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA ZON UTARA dianjurkan oleh Waja Northern Club Malaysia

2.1.2   Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.

2.2         TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1     Kejohanan ini akan diadakan pada 01 Mac 2014 bertempat di Smc Centre Futsal, Sungai Petani.

2.2.2     Pertandingan akan dijalankan di gelanggang terbuka (Hard Court)

2.2.3     Taklimat dan undian akan dijalankan pada 22 Februari 2014 (Sabtu) di Smc Centre Futsal, Sungai Petani pada pukul 3.30 petang.

2.2.4     Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

2.3         FORMAT KEJOHANAN

2.3.1     Kejohanan akan dijalankan secara LIGA BAGI PERINGKAT KUMPULAN DAN KALAH MATI BAGI PUSINGAN KEDUA DAN SETERUSNYA.

2.4         KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1     Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI / WANITA sahaja dan TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia.


2.5         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1     Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 3 pemain simpanan.

2.5.2     Hanya DUA sahaja pemain yang pernah mewakili Negara dan negeri bagi pertandingann peringkat KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA tahun 2012 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam pasukan.

2.5.3     Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

2.5.4     Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM100.00  

2.4.7     Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.

2.4.8     Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara adalah muktamad.

2.4.9 Setiap pembayaran deposit 50% tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri setelah membuat pembayaran.

2.4.10  Hantarkan salinan resit pembayaran semasa hari cabutan undian ataupun emelkan salinan resit pembayaran ke alamat emel wncm12@gmail.com

3.0         SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1         Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2         Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3         Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.4         Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di dalam dewan atau kawasan pertandingan.

3.5         Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.

3.6         Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.7         Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.8         Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.9         Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.10      Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.11      Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.12      Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah  muktamad.




No comments:

Post a Comment